Susu segar telah dijadikan sebagai minuman yang utama di seluruh dunia. Dengan rasa serta manfaatnya yang banyak, pasti ia sering menjadi pilihan. Sumber susu yang utama adalah lembu, kambing dan kambing biri-biri. Di beberapa negara, susu lembu adalah yang paling biasa diminum.
Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita mulai membiasakan makan yang sehat. Minum susu setiap hari juga adalah satu tabiat yang sehat. Memasuki bulan Ramadan ini, mari kita amalkan minum Susu Kolostrum Segar C2JOY.
Apakah Manfaat Susu C2JOY?
Susu dihasilkan untuk memberi makan bayi yang baru lahir, tentunya kandungan nutrisinya sangat baik.
Segelas Susu Kolostrum sama dengan dengan 4 gelas Susu segar biasa...
Selain nutrisi di atas, ia juga mengandungi kalsium, vitamin D, B2, B12, kalium, fosforus dan selenium. Juga, vitamin A, magenesium, zink dan vitamin B1.
Sangat banyak nutrisinya? Sebenarnya ada lagi, iaitu asid lemak seperti asid linoleik dan omega 3 yang membantu mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung.
Tidak dilupakan adalah kandungan antioksidannya termasuk vitamin E dan beta karoten yang berfungsi mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif. Dalam kata lain, ia adalah bahan awet muda.
Perlu diketahui bahawa kandungan setiap susu mungkin berbeda disebabkan banyak faktor antaranya adalah pemakanan lembu terbabit. Contohnya, lembu yang makan kebanyakannya rumput akan menghasilkan susu yang tinggi dengan asid lemak.
Susu mengandungi protein yang berkualiti yang disebut sebagai “protein lengkap” kerana mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi secara optimum.
Protein ini penting dalam pembinaan otot, memperkuat otot serta menyediakan bahan bakar untuk menghasilkan tenaga. Dalam beberapa kajian, minum susu boleh mengurangkan risiko kontraksi otot disebabkan penuaan.
Kita semua tahu, susu adalah baik untuk tulang. Iklan susu Anlene masih teringiang-ngiang di kepala. Kalsium, fosforus, kalium dan protein, semua itu menyumbang kepada tulang yang kuat dan sehat
Sekitar 99 persen kalsium badan disimpan di dalam tulang dan gigi. Susu membantu badan anda menyerap kalsium dengan lebih efisien. Susu telah terbukti oleh banyak kajian bahawa ia membantu mencegah osteoporosis dan patah tulang, terutamanya wanita menopaus yang paling berisiko tinggi.
Kajian melibatkan anak-anak berumur 3 tahun telah menunjukkan bahawa pengambilan susuh penuh krim membantu mengurangkan risiko obesitas.
Kajian lain melibatkan wanita berumur pertengahan hingga lanjut mengungkatkan bahwa pengambilan lebih banyak susu dan produk susu ternyata menghindarkan dari kenaikan berat badan serta risiko obesitas.
Kandungan protein dalam susu membantu memberikan rasa kenyang dan menghindari makan berlebihan. Selain itu, asid linoleik membantu merangsang kehilangan berat dengan meningkatkan pembakaran lemak serta mengurangkan penghasilannya.
Apa lagi? Tambahkan susu, terutamanya susu awal lembu (kolostrum), dalam diet anda hari ini.
Jika sudah bosan minum susu segar, anda boleh pelbagaikan cara pengambilannya. Contohnya:
Banyak lagi produk susu yang mengandungi kandungan protein yang sama banyak. Ia tersedia di banyak pasaran seperti sesetengah yogurt. Sebelum beli, lihat label kandungannya terlebih dahulu.
Amalkan rutin minum susu dan gaya hidup sehat sepanjang Ramadan ini. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa!